CERAMAH AGAMA BIL 25/2026 - KEPENTINGAN DAN ADAB MENUNTUT ILMU

    CERAMAH AGAMA BIL 25/2026 - KEPENTINGAN DAN ADAB MENUNTUT ILMU

     
    IKBN Peretak, 3 Ogos 2026 (Isnin) - Surau Nur Salam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Kuliah Maghrib bertajuk "Kepentingan dan Adab Menuntut Ilmu" yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan. Program ini merupakan salah satu pengisian kerohanian yang diadakan secara berkala bagi menyemarakkan budaya ilmu dan memperkukuhkan sahsiah dalam kalangan warga institut.

    Dalam penyampaian beliau, Ustaz Muhammad menegaskan bahawa menuntut ilmu merupakan tuntutan yang wajib bagi setiap Muslim serta menjadi asas kepada pembentukan insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. Beliau turut menghuraikan bahawa ilmu yang disertai dengan adab akan melahirkan individu yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik dan kemahiran, malah mempunyai keperibadian yang tinggi serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

    Selain itu, para pelajar turut diingatkan tentang adab-adab penting ketika menuntut ilmu seperti memperbetulkan niat kerana Allah SWT, menghormati guru, menjaga disiplin sepanjang sesi pembelajaran, bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu serta mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

    Pengisian yang disampaikan telah memberi kesedaran kepada para peserta bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, bahkan melalui akhlak dan adab yang baik.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.