PELAJAR IKBN PERETAK SERTAI BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) INDEKS BELIA MALAYSIA (IBM)

    PELAJAR IKBN PERETAK SERTAI BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) INDEKS BELIA MALAYSIA (IBM)

     
    Bangi, 6 November 2025 - IKBN Peretak telah dijemput untuk turut serta dalam pelaksanaan Bengkel Technical Working Group (TWG) Indeks Belia Malaysia (IBM) di Hotel Tenera, Bangi. Bengkel ini bertujuan bagi membincangkan cadangan penambahbaikan pelaksanaan IBM pada RMK-13 (2026-2030). Fokus perbincangan adalah melibatkan perubahan pada domain dan indikator IBM, penetapan pemberat dan keutamaan serta maklum balas dari belia berkaitan isu-isu terkini yang dihadapi oleh golongan belia.
    Peserta yang hadir iaitu melibatkan golongan belia berumur 15-30 tahun membincangkan perkara meliputi Domain Pendidikan; Domain Ekonomi; Domain Kesejahteraan Mental dan Fizikal; Domain Sosialisasi Politik, Kenegaraan dan Demokrasi; Domain Nilai dan Identiti; serta Domain Media dan Digital Citizenship.

    Program yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ini melibatkan sebahagian pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar lembah klang. IKBN Peretak telah menghantar dua (2) orang pelajar iaitu putri nur umairah dan nur amira bagi menyertai bengkel ini. Diharapkan melalui Bengkel ini isu-isu terkini yang dilalui oleh para belia dapat dikurangkan demi kesejahteraan golongan belia masa hadapan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.