- Dzulkifli Bujang
- IKBN Peretak
- Hits: 46
Pelaksanaan Kursus Integriti Anti Rasuah (KIAR) Di IKBN Peretak Sesi 2/2025
Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) bersama Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKBN Peretak telah melaksanakan pengajaran modul Kursus Integriti Anti Rasuah (KIAR) pada 25 dan 26 Ogos 2025 kepada pelajar semester 2 ambilan 1/2025. Kursus KIAR ini merupakan program kerjasama di antara ILKBS bersama SPRM yang telah diperkenalkan sejak tahun 2023 untuk memberi manfaat buat para pelajar yang menuntut di institusi pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman, dan keupayaan individu serta organisasi dalam mengamalkan nilai-nilai integriti dan menolak rasuah dalam kehidupan. Kursus KIAR ini telah disampaikan oleh tenaga pengajar yang telah menjalani latihan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Encik Norazley bin Mohamed.
Sepanjang tempoh kursus ini, pelajar telah mengikuti 7 modul teori yang disediakan, membuat penilaian serta tugasan berkumpulan dengan menghasilkan video ringkas berkaitan dengan integriti dan anti rasuah.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pelajar semester 2 yang telah memberi komitmen sepanjang Kursus KIAR ini dilaksanakan.