PELATIH PLKN 3.0 SIRI 2/2026 TEROKA DUNIA TVET DI IKBN PERETAK

    PELATIH PLKN 3.0 SIRI 2/2026 TEROKA DUNIA TVET DI IKBN PERETAK

     
    3 Jun 2026, Kuala Kubu Bharu : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak baru-baru ini menjadi lokasi tumpuan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2026, yang melibatkan penyertaan pelatih Wira Muda daripada Cawangan Rejimen 515 Askar Wataniah Kuala Lumpur. Program ini dirancang khusus bagi memberi pendedahan awal mengenai ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta membuka minda para pelatih tentang potensi luas kerjaya dalam bidang kemahiran di Malaysia.

    Sepanjang program berlangsung, para pelatih berpeluang merasai pengalaman pembelajaran praktikal secara hands-on melalui pelbagai aktiviti menarik. Aktiviti jahitan kreatif seperti Upcycle Jeans dan penanda buku di Jabatan Fesyen dan Pakaian, Chicken Spaghetti Aglio, minuman Non-Aerated Beverage, Chocolate Muffin, serta seni dekorasi kek cawan (cup cake) di Jabatan Hospitaliti, selain sesi perkongsian ilmu mengenai penjagaan wajah dan teknik hair styling di Jabatan Kosmetologi.

    Majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Mejar Mohd Solehin bin Ahmad bersama Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff dan barisan pengurusan institut, telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat patriotik. Pihak institut menaruh harapan agar pendedahan ini berjaya mencetuskan minat mendalam dalam kalangan Wira Muda untuk menceburi bidang TVET, sekali gus menyokong aspirasi negara dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.