- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 3
CERAMAH AGAMA BIL 19/2026 - BELAJAR BERSAMA, HASIL TIDAK SAMA
IKBN Peretak, 4 Jun 2026 (Khamis) - Surau Nursalam, IKBN Peretak sekali lagi menjadi pusat pengisian ilmu dan pembangunan rohani warga institut menerusi Program Kuliah Maghrib yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Makhtar. Kuliah yang bertajuk “Belajar Bersama, Hasil Tidak Sama” telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan warga IKBN Peretak yang hadir untuk menimba ilmu serta mengambil manfaat daripada perkongsian yang disampaikan.
Dalam kuliah tersebut, Ustaz Zulkifli menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai kemampuan, kesungguhan dan tahap penerimaan ilmu yang berbeza walaupun melalui proses pembelajaran yang sama. Beliau menekankan bahawa kejayaan seseorang bukan sahaja bergantung kepada peluang yang diberikan, malah dipengaruhi oleh usaha, disiplin, keikhlasan serta kesungguhan dalam menuntut ilmu dan memperbaiki diri.
Beliau turut mengingatkan para pelajar agar tidak mudah berputus asa atau membuat perbandingan yang negatif dengan rakan-rakan lain. Sebaliknya, setiap individu perlu fokus kepada peningkatan diri secara berterusan serta menjadikan perbezaan pencapaian sebagai motivasi untuk berusaha dengan lebih gigih.
