PENDEDAHAN KEPIMPINAN ANTARABANGSA: PELAJAR IKBN PERETAK SERTAI MALAYSIA TÜRKIYE LEADERSHIP SUMMIT KUALA LUMPUR 2026

    PENDEDAHAN KEPIMPINAN ANTARABANGSA: PELAJAR IKBN PERETAK SERTAI MALAYSIA TÜRKIYE LEADERSHIP SUMMIT KUALA LUMPUR 2026

     
    Kuala Lumpur, 27 April 2026 – Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima jemputan menyertai Malaysia Türkiye Leadership Summit 2026 yang berlangsung di Dewan Azman Hashim UTM Kuala Lumpur. Program ini menghimpunkan pemimpin muda, ahli akademik serta pembuat dasar bagi membincangkan isu semasa berkaitan pendidikan dan kepimpinan dalam konteks global.

    Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai pengisian termasuk ucapan utama, sesi dialog dan forum bertemakan kepimpinan dalam era ketidaktentuan. Antara pengisian utama ialah ucaptama oleh Necmettin Bilal Erdoğan yang menekankan kepentingan nilai, integriti dan peranan pendidikan dalam membentuk kepimpinan global berimpak .

    Penyertaan ini memberi pendedahan signifikan kepada pelajar IKBN Peretak dalam memahami hubungan antara pendidikan dan kepimpinan, di samping mengukuhkan kemahiran berfikir kritis, komunikasi serta keupayaan membuat keputusan. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten dari segi teknikal, malah mampu memimpin dan menyumbang secara efektif dalam pembangunan negara dan masyarakat global.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.