PENGAUDITAN PENSIJILAN SEMULA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) PERETAK

    PENGAUDITAN PENSIJILAN SEMULA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) PERETAK

     
    IKBN Peretak, 27 Januari 2026 – EKSA merupakan inisiatif transformasi budaya kerja sektor awam yang menekankan suasana persekitaran mesra, kondusif dan selamat, sekali gus menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti.

    Seramai 3 orang juru audit diketuai oleh Encik Mohd Asrul Hazim bin Salleh, Puan Fadilah bt Mohd Zakri, dan Puan Shaliza bt Samasudin telah menilai tahap pematuhan pelaksanaan EKSA, memastikan keberkesanan sistem penyampaian, serta budaya kerja cemerlang yang diamalkan warga IKBN Peretak

    Hasil pengauditan menunjukkan bahawa IKBN Peretak telah melaksanakan EKSA Kendiri dengan baik serta mematuhi kehendak kriteria pensijilan semula EKSA, dengan memperoleh markah keseluruhan sebanyak 95.15 IKBN diberikan pensijilan tahap cemerlang.

    Semoga amalan EKSA terus dibudayakan secara konsisten dalam kalangan warga kerja, demi memastikan persekitaran kerja yang kondusif, berkualiti dan berdaya saing dapat dikekalkan serta diperkukuh pada masa hadapan.

    “Pembudayaan EKSA Pemacu Profesional Terunggul”

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.