Puan Normahsyuri bt Md Shariff telah menyempurnakan sesi penyerahan bendera kepada pasukan yang menyertai kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 di IKTBN Chembong.
Pada edisi kali ini, IKBN Peretak telah menyertai acara Bola Tampar (L), Bola Baling (L), Badminton, Boling (W), Sepak Takraw (L) dan Go-Cart.
Kejohanan akan berlangsung pada 11 hingga 14 Mei 2026.
Mari kita memberi sokongan penuh pada semua atlet yang bertanding.
