8 Mei 2026 (Jumaat) – IKBN Peretak telah melaksanakan penyerahan pertama barangan infaq kepada penghuni Rumah Kasih YBK menerusi Program Sentuhan Kasih Komuniti hasil sumbangan pegawai dan kakitangan IKBN Peretak.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk budaya prihatin, amalan bersedekah serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga institusi dan komuniti. Program ini akan diteruskan sepanjang tahun 2026 melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan sumbangan berkala.
Pihak IKBN Peretak merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan diberikan ganjaran dan keberkatan oleh Allah swt.
