PERTANDINGAN CEKAP JAWI IKBN PERETAK

    PERTANDINGAN CEKAP JAWI IKBN PERETAK

     
    14 November 2025 - IKBN Peretak, Pertandingan Cekap Jawi peringkat IKBN Peretak telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan IKBN Peretak. Acara ini melibatkan penyertaan daripada setiap Kelab Rakan Muda, dengan empat orang peserta mewakili setiap kelab.

    Pertandingan ini terdiri daripada tiga pusingan utama yang menguji kecekapan peserta dalam penulisan dan pembacaan Jawi, merangkumi aspek ketepatan, kelajuan dan kefahaman. Pusingan-pusingan tersebut direka bagi mengenal pasti peserta paling cemerlang dan menentukan pemenang keseluruhan. Peserta dari Kelab Rakan Digital telah menjuarai untuk pertandingan kali ini. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak.

    Menariknya, pertandingan ini juga merupakan acara penutup bagi Program We Love Sunnah, sekali gus menambah nilai simbolik kepada penganjurannya. Matlamat pertandingan ini adalah untuk mengasah bakat peserta, di samping menanam minat pelajar terhadap bahasa Jawi serta memartabatkan warisan Melayu dalam kalangan generasi muda.

    Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan positif daripada peserta serta warga IKBN Peretak, sekali gus menunjukkan komitmen institusi dalam memperkukuh pembudayaan tulisan Jawi.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.