PROGRAM SUKAN MUHIBAH TARIK TALI IKBN PERETAK 2025

    PROGRAM SUKAN MUHIBAH TARIK TALI IKBN PERETAK 2025

     Program Sukan Muhibah Tarik Tali IKBN Peretak yang dianjurkan pada 14 November 2025 bertempat di Padang Astaka IKBN Peretak telah berlangsung dengan sangat meriah dan penuh semangat kesukanan.

    Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Puan Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri Bt. Md Shariff, yang turut diiringi oleh Timbalan Pengarah HEP serta Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan. Kehadiran barisan kepimpinan ini berjaya menaikkan lagi semangat para peserta dan menyuntik aura persaingan sihat sepanjang program.
    Pertandingan tarik tali yang melibatkan tiga pasukan — Team Pegawai, Team Pelajar, dan Team Kontraktor Pembersihan — telah memperlihatkan aksi sengit, tenaga luar biasa serta kerjasama pasukan yang mantap.

    Keputusan rasmi pertandingan adalah seperti berikut:
    🥇 Johan: Team Pelajar
    🥈 Naib Johan: Team Pegawai IKBN Peretak
    🥉 Tempat Ketiga: Team Kontraktor Pembersihan

    Program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan silaturahim antara staf, pelajar dan kontraktor, malah berjaya memupuk nilai kesukanan, disiplin dan semangat berpasukan dalam suasana yang positif.

    Secara keseluruhannya, program Sukan Muhibah Tarik Tali IKBN Peretak 2025 telah mencapai objektif dengan jayanya dan menerima penyertaan serta sokongan yang amat memberangsangkan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.