PERTANDINGAN INOVASI TVET KEBANGSAAN 2026 (PERISA)

    PERTANDINGAN INOVASI TVET KEBANGSAAN 2026 (PERISA)

     
    29 Julai 2026, Melaka - Bahagian Penyediaan Makanan, Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak telah menyertai Pertandingan Inovasi TVET Kebangsaan 2026 (PERISA) yang berlangsung pada 27 hingga 29 Julai 2026 bertempat di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi YB Adam Adli.

    Pertandingan ini melibatkan kategori pelajar dan pensyarah, dengan jumlah penyertaan seramai 118 penyertaan dari pelbagai institusi TVET di seluruh negara.

    IKBN Peretak telah menghantar tiga orang pelajar daripada Jurusan Penyediaan Makanan, iaitu Umairah Farzana binti Min Fairos, Siti Qurratuain binti Shamsul, dan Nuraliya Syahirah binti Azril Hasmi, diiringi oleh penyelaras projek, Pn. Norshazila binti Mohamed Rahman.

    Pasukan IKBN Peretak telah mempertandingkan projek inovasi SAMBALACAN CUBE dan telah memperolehi Pingat Emas.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil IKBN Peretak. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.