SESI TEMUDUGA KERJAYA PELAJAR TERAPI KECANTIKAN IKBN PERETAK BERSAMA DERMALENE

    SESI TEMUDUGA KERJAYA PELAJAR TERAPI KECANTIKAN IKBN PERETAK BERSAMA DERMALENE

     
    29 Julai 2026, IKBN Peretak – Seramai 19 orang pelajar Program Terapi Kecantikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menghadiri sesi temuduga kerjaya bersama syarikat Dermalene yang berlangsung di Perpustakaan IKBN Peretak.

    Sesi ini bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada para pelajar serta mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak industri dan IKBN Peretak.

    Pihak IKBN Peretak merakamkan penghargaan kepada Dermalene atas kesudian menjalankan sesi pengambilan pekerja dan berharap kerjasama strategik seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.