PROGRAM ANAK MUDA PEMACU HARAPAN ASPIRASI (ALPHA)

    PROGRAM ANAK MUDA PEMACU HARAPAN ASPIRASI (ALPHA)

     
    21 Jun 2026, HULU LANGAT – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor telah berjaya menganjurkan Program Anak Muda Pemacu Harapan Aspirasi (ALPHA) 2026 bertempat di Sendayu Green Ventures, Hulu Langat.

    Program sepanjang dua hari satu malam yang bermula pada 20 Jun hingga 21 Jun 2026 telah menghimpunkan seramai 87 orang pelajar. Selain pelatih daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), program ini turut mendapat penyertaan aktif daripada penuntut Institut Kraf Negara (IKN), Azmida Technical College, dan ELMU University.

    Program ALPHA 2026 ini dirangka khusus untuk memperkasakan belia sebagai benteng utama dalam memerangi ancaman dadah, di samping membentuk sahsiah diri yang kental. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti fizikal, mental, dan rohani yang mencabar.

    Antara pengisian utama termasuklah Modul Kepimpinan & Ketahanan, Eksplorasi Keserasian Kumpulan, Cabaran Jejak Rimba, Misi Kembara Malam, serta Misi Tubuh Cergas Minda Cerdas.

    Sesi Kesedaran & Jati Diri seperti Dadah Ancaman kepada Kesihatan & Keselamatan serta pengisian Nilai & Identiti Belia. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memfokuskan kepada teknik Komunikasi & Pengurusan Stress. Acara dinamik seperti Serangan Air Mega dan Arena Panah Pejuang.

    Melalui kepelbagaian aktiviti ini, program bukan sahaja berjaya meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah, malah berjaya memupuk semangat kerja berpasukan dan kepimpinan berimpak tinggi dalam kalangan pemimpin masa depan negara.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.