- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 15
IKBN PERETAK MEMBERI PERKHIDMATAN KEMAHIRAN DALAM PROGRAM RAKAN PRIHATIN: MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA 2026
21 Jun 2026, Dataran Warisan, Kuala Kubu Bharu: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menyertai Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial & Pasca Bencana) Daerah Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Kelab Belia Jatidiri Taman Bunga Raya (KBJTabura).
Penyertaan IKBN Peretak melibatkan seorang pegawai pengiring, Puan Nor Shakila binti Mohd Redzuan Jaya, bersama 5 orang pelajar Terapi Kecantikan dan 5 orang pelajar Perekaan Gaya Rambut. Penglibatan ini bertujuan menyokong program melalui penyediaan perkhidmatan komuniti kepada orang ramai.
Sepanjang program berlangsung, pelajar Terapi Kecantikan telah menawarkan perkhidmatan Express Manicure secara percuma kepada 15 orang pengunjung terawal, manakala pelajar Perekaan Gaya Rambut telah menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada 20 orang pengunjung terawal. Sambutan daripada masyarakat amat menggalakkan dan perkhidmatan yang disediakan mendapat maklum balas yang positif.
Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar, di samping meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi, profesionalisme serta memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial. Penglibatan dalam program seumpama ini turut mengeratkan hubungan antara institusi TVET, agensi kerajaan dan komuniti setempat.
