PROGRAM INFAQ KASIH RAMADAN IKBN PERETAK

    PROGRAM INFAQ KASIH RAMADAN IKBN PERETAK

     
    7 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Program Infaq Kasih Ramadan yang berlangsung di Asrama Kasih YBK Gesir dan YBK Serendah sempena Program Ihya Ramadan. Program ini bertujuan menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga IKBN Peretak kepada golongan yang memerlukan.

    Baju raya hasil jahitan pegawai dan pelajar Jabatan Fesyen & Pakaian, duit raya serta barang keperluan asas telah disampaikan kepada anak-anak di YBK Gesir. Sementara itu, anak-anak di YBK Serendah turut menerima duit raya, barang keperluan asas serta perkhidmatan gunting rambut percuma yang disediakan oleh Jabatan Kosmetologi sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

    Sumbangan ini merupakan hasil keprihatinan dan perkongsian rezeki daripada warga IKBN Peretak, alumni IKBN Peretak serta orang perseorangan yang bersama-sama menjayakan program kebajikan ini.

    Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff. Program ini turut menjadi lebih istimewa apabila beliau menyampaikan Infaq Kasih Ramadan sempena hari kelahirannya sebagai tanda kesyukuran dan berkongsi kegembiraan bersama anak-anak di rumah kebajikan tersebut.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.