- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 152
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK BERSAMA ALUMNI IKBN PERETAK SEMPENA IHYA RAMADAN 1447H/2026M
5 Mac 2026, IKBN Peretak – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dengan kerjasama Persatuan Alumni IKBN Peretak telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk sempena Ihya Ramadan 1447H/2026M.
Sebanyak tiga periuk bubur lambuk berjaya disediakan dan dibungkus kepada 1,000 pek untuk diedarkan kepada warga IKBN serta agensi kerajaan berhampiran.
Program tahunan ini merupakan penyertaan kali ke-6 Persatuan Alumni yang diketuai oleh Ketua Chef Masjid Kampung Baru, Haji Razali Amat Lori.
