- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 101
PROGRAM REKREASI BERPASUKAN RAKAN DIGITAL IKBN PERETAK
IKBN Peretak, 16 Januari 2026 - Kelab Rakan Digital IKBN Peretak telah melaksanakan Program Rekreasi Berpasukan Rakan Digital pada hari ini bermula jam 8.00 pagi dengan penuh semangat dan keceriaan. Program dimulakan dengan sesi bergambar berkumpulan, sebelum ahli kelab dan penyelaras bergerak ke gelanggang sukan bagi meneruskan aktiviti sukaneka.
Acara diteruskan dengan pembahagian kumpulan melalui cabutan undi, melibatkan empat (4) kumpulan iaitu Semut Hitam, Mogiwara, Flamingo dan Thunder Squad. Setiap kumpulan diminta mencipta nama kumpulan dan lagu sorak masing-masing sebagai pemanas suasana sebelum memulakan pertandingan.Sebanyak lima (5) acara sukaneka telah dijalankan iaitu membawa bola ping pong menggunakan sudu plastik, passing belon air ke belakang, baling dan sambut belon air, makan biskut serta makan sumi. Semua acara berlangsung dengan penuh semangat kerjasama dan sorakan daripada ahli kumpulan.
Keputusan pertandingan menyaksikan kumpulan Semut Hitam muncul sebagai juara dengan pungutan mata tertinggi, diikuti Thunder Squad di tempat kedua, Mogiwara di tempat ketiga dan Flamingo di tempat keempat. Selain itu, turut diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta poster sempena program Night Market sebelum ini yang dimenangi oleh Nur Farina Khadijah yang juga salah seorang dari ahli Rakan Digital.
Program ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan ahli Rakan Digital IKBN Peretak.
