- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 137
CERAMAH AGAMA BIL. 3/2026: TAFSIR SURAH AL-QADR SENTUH HATI WARGA IKBN PERETAK
19 Januari 2026, IKBN Peretak — Surau Nur Salam, IKBN Peretak telah menganjurkan Ceramah Agama Bil. 3/2026 bertajuk “Tafsir Surah Al-Qadr” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Bin Hassan. Kuliah Maghrib ini menghimpunkan warga institut dalam suasana penuh ketenangan dan penghayatan ilmu.
Dalam ceramah tersebut, penceramah menghuraikan keistimewaan Lailatul Qadr, malam yang penuh kemuliaan apabila Al-Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ sebagai petunjuk buat seluruh umat manusia. Malam ini disifatkan lebih baik daripada seribu bulan, menggambarkan betapa besarnya ganjaran ibadah yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya.
Ustaz Muhammad turut menjelaskan bahawa pada malam tersebut, para malaikat termasuk Malaikat Jibril turun ke bumi dengan izin Allah untuk membawa rahmat, keberkatan serta ketentuan-Nya. Malam Lailatul Qadr juga digambarkan sebagai malam yang penuh kedamaian dan kesejahteraan sehingga terbit fajar.
Ceramah ini memberi peringatan kepada warga IKBN Peretak agar sentiasa menghargai Al-Quran, memperbanyakkan ibadah khususnya menjelang Ramadan, serta sentiasa mengharapkan keampunan dan rahmat Allah. Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar ini diharap dapat terus menyuburkan penghayatan Islam dalam kalangan warga institut.
