Rawang, 8 Julai 2026 (Rabu) – IKBN Peretak telah melaksanakan Program Sentuhan Kasih Komuniti Siri 2 menerusi penyerahan barangan infaq kepada penghuni Rumah Anak Yatim Baitul Rahmaniah, Rasa, Selangor hasil sumbangan pegawai dan kakitangan IKBN Peretak.
Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Sentuhan Kasih Komuniti Siri 1 yang telah dilaksanakan di Rumah Kasih YBK Gesir, sebagai usaha berterusan IKBN Peretak dalam menyantuni komuniti yang memerlukan serta menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan warga institusi.
Rumah Anak Yatim Baitul Rahmaniah menempatkan seramai 40 orang penghuni yang berusia dalam lingkungan 8 hingga 17 tahun. Sumbangan yang disalurkan diharapkan dapat membantu memenuhi keperluan harian para penghuni di samping membawa keceriaan dan semangat kepada mereka.
Pihak IKBN Peretak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang dihulurkan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.
