Tarikh : 29 Januari 2026 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi -12.30 tengahari
Tempat : Auditorium, IKBN Peretak
Penceramah : DMY Anis binti Razani
Unit Hal Ehwal Islam IKBN Peretak dengan kerjasama YADIM telah menganjurkan Program Slot Youth Talk @ YADIM Sesi 1/2026 bertajuk “Belia Inspirasi, Kemampuan Organisasi” bagi tujuan sebagai satu inisiatif untuk memperkasa golongan belia melalui pendedahan kepada nilai kepimpinan, motivasi diri serta keupayaan mengurus dan menggerakkan organisasi secara berkesan. Program ini memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah belia yang berdaya saing, berfikiran kritis dan berintegriti.
Program ini telah dilaksanakan dalam bentuk sesi ceramah dan perkongsian interaktif. Penceramah telah menyampaikan input berkaitan ciri-ciri belia inspirasi, kepentingan penglibatan dalam organisasi serta strategi meningkatkan kemampuan organisasi secara efektif. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dan berkongsi pandangan serta pengalaman.
Secara keseluruhannya, Program Slot Youth Talk @ YADIM Sesi 1/2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program seumpama ini wajar diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai belia yang berinspirasi, berdaya saing dan berkeupayaan memimpin organisasi dengan berkesan.
