- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 185
SHOWCASE OF TALENT CUNGKIL BAKAT PELAJAR BAHARU IKBN PERETAK
29 Januari 2026, IKBN Peretak - Jabatan Pengajian Umum telah menganjurkan program Showcase of Talent sebagai sebahagian daripada pengisian Minggu Orientasi untuk pelajar baharu. Program ini penuh dengan aktiviti menarik, termasuklah permainan Simon Says serta permainan kreatif Egg Chicken Dinasour yang meningkatkan kemahiran mendengar, fokus, dan kawalan diri. Ianya menggalakkan pergerakan fizikal, pemahaman arahan, dan pemikiran kritikal sebelum bertindak.
Selain itu, para pelajar turut diberikan tugasan terjemahan lagu dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Hal ini dapat menguji kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris mereka dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.
Dengan pelbagai aktiviti ini, program ini bukan sahaja mengasah bakat baharu, membentuk keyakinan tetapi juga memupuk semangat berpasukan dan sekaligus dapat mempereratkan hubungan antara pelajar IKBN Peretak.
