- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 81
RAKAN MUDA DEMOKRASI BANTU PELAKSANAAN PILIHAN RAYA MPP IKBN PERETAK 2025
IKBN Peretak, 27 November 2025 – Seramai 18 orang pelajar daripada Kelab Rakan Muda Demokrasi IKBN Peretak telah terlibat sebagai petugas rasmi dalam Pelaksanaan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Peretak 2025 yang berlangsung di Perpustakaan IKBN Peretak.
Program yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak ini membuka ruang kepada para ahli Rakan Muda Demokrasi untuk mempraktikkan nilai kepimpinan, integriti dan tanggungjawab sivik melalui penglibatan secara langsung dalam proses pilihan raya kampus.
Sepanjang program, para peserta telah menjalankan pelbagai tugasan termasuk urus setia pendaftaran pengundi, pengagihan kertas undi, kawal selia aliran pengundi, serta membantu dalam proses pengiraan undi. Penglibatan mereka telah membantu memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar, sistematik dan telus.
Program ini turut bertujuan memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai amalan demokrasi sebenar, seterusnya memupuk kesedaran tentang kepentingan penyertaan belia dalam proses pilihan raya dan kepimpinan.
Melalui penganjuran ini, para peserta dilihat berjaya meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta kefahaman tentang sistem demokrasi di peringkat institusi. Selain itu, keberhasilan program ini juga membantu memperkukuhkan budaya pengurusan pilihan raya yang teratur dan profesional di IKBN Peretak.
