PILIHAN RAYA MPP IKBN PERETAK SESI 2026 BERLANGSUNG MERIAH

    PILIHAN RAYA MPP IKBN PERETAK SESI 2026 BERLANGSUNG MERIAH

    27 November 2025 (Khamis), Perpustakaan IKBN Peretak menjadi lokasi rasmi bagi Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026 yang berlangsung dengan lancar dan penuh semangat demokrasi. Seramai 30 calon telah bertanding bagi merebut 21 jawatan dalam organisasi MPP bagi sesi kali ini.

    Pelaksanaan pilihan raya ini turut dibantu oleh Rakan Demokrasi IKBN Peretak yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran proses pengundian serta memberi kesedaran tentang amalan demokrasi dalam kalangan pelajar.

    Pilihan raya ini menjadi platform penting dalam membentuk kepimpinan pelajar yang berwibawa, bertanggungjawab dan mampu menjadi suara utama pelajar sepanjang sesi pengajian 2026.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.