RTV ON FIRE! ICE BREAKING CERUS AURA, KENALAN BAHARU DAN SEMANGAT SATU PASUKAN

    RTV ON FIRE! ICE BREAKING CERUS AURA, KENALAN BAHARU DAN SEMANGAT SATU PASUKAN

     
    18 September 2026 | Auditorium, IKBN Peretak – Kelab Rakan Techno Venture (RTV) IKBN Peretak telah mengadakan satu sesi perjumpaan santai yang berkonsepkan ice breaking dan team bonding, melibatkan 45 orang ahli kelab RTV. Aktiviti ini diadakan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan, meningkatkan keyakinan berkomunikasi serta mewujudkan suasana yang lebih mesra dalam kalangan ahli daripada pelbagai jurusan.

    Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking, pembahagian kumpulan berdasarkan bulan kelahiran, RTV Photo Challenge serta aktiviti “Siapa Aku?” yang memerlukan ahli mencari tandatangan rakan berdasarkan tugasan yang diberikan. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mencetuskan suasana ceria, malah memberi peluang kepada ahli untuk berkenalan dan berinteraksi dengan rakan yang berbeza.

    Sesi diteruskan dengan ICT Challenge yang menguji kreativiti dan kepekaan ahli apabila mereka perlu meneka perkataan berdasarkan gaya atau aksi yang ditunjukkan, antaranya ChatGPT, Wireless, Facebook, Google Chrome dan pelbagai istilah berkaitan teknologi. Secara keseluruhannya, perjumpaan ini berlangsung dalam suasana santai, ceria dan penuh interaksi, selaras dengan usaha RTV membentuk ahli yang lebih yakin, kreatif, komunikatif dan mampu bekerjasama sebagai satu pasukan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.