- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 9
SAMBUTAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU IKBN PERETAK MENCATATKAN PENANDA ARAS CEMERLANG DENGAN KADAR 109 PERATUS
IKBN Peretak, 27 Julai 2026 — Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak merekodkan pencapaian luar biasa apabila proses pendaftaran pelajar baharu bagi sesi 2/2026 ini mencatatkan kadar 109% mengatasi sasaran kuota yang ditetapkan seramai 110 orang pelatih. Seramai 120 pelajar telah mendaftar sekali gus memenuhi kuota bagi lima jurusan utama yang ditawarkan dan mencerminkan lonjakan keyakinan masyarakat terhadap kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Suasana perkarangan IKBN Peretak mula meriah seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran ibu bapa dan pelatih yang berekspetasi tinggi, menanti detik pembukaan rasmi kaunter pendaftaran pada jam 9.00 pagi. Proses pendaftaran yang dikendalikan secara efisien oleh 50 orang pegawai bertugas telah berjalan lancar dan jayanya.
Menjelang jam 11.00 pagi, seluruh warga pelatih dan ibu bapa telah diiringi masuk ke Dewan Auditorium bagi mengikuti sesi taklimat rasmi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Normahsyuri binti Md Shariff yang merasmikan pertemuan julung kali antara pihak pengurusan tertinggi institusi dan para waris. Sesi tersebut kemudiannya diteruskan dengan taklimat komprehensif yang disampaikan oleh Puan Norakmar binti Alias selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan dan disusuli Encik Shahdan bin Zainal selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.
Sesi taklimat yang turut disusuli dengan sesi dialog interaktif yang menyaksikan ibu bapa mengambil kesempatan mengemukakan pelbagai persoalan konstruktif. Lebih daripada tujuh usul dan pertanyaan telah diutarakan, khususnya yang menyentuh aspek krusial seperti kebajikan pelatih, jaminan keselamatan sepanjang pengajian, serta prospek kerjaya masa depan. Pihak pengurusan memberikan respons yang tuntas dan meyakinkan, sekali gus memperkukuh kepercayaan ibu bapa terhadap ekosistem pembelajaran di IKBN Peretak.
Kejayaan pendaftaran melebihi kapasiti ini bukan sahaja menjadi manifestasi kejayaan institusi, malah menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkasakan kecemerlangan modal insan melalui platform TVET negara.
