- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 3
PELAJAR IKBN PERETAK BENTANG CADANGAN PRODUK BAHARU DI CHADELL THE BAKER
23 Julai 2026 | Shah Alam – Pelajar Kursus Penyediaan Pastri IKBN Peretak yang sedang menjalani latihan industri di Chadell The Baker, Shah Alam telah diberi peluang membentangkan cadangan produk baharu yang berpotensi untuk dipasarkan, iaitu Bromokies Kunafa, Browkies, serta Mini Tres Leches.
Inisiatif ini memberi pendedahan kepada pelajar terhadap proses pembangunan produk, kreativiti dan strategi pemasaran dalam persekitaran industri sebenar, di samping meningkatkan keyakinan serta mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara IKBN Peretak dan pihak industri.
