- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 11
SELAMAT PAGI MALAYSIA @ KONGSI KASIH & NASIONAL FM SIAR PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT DARI PELAJAR IKBN PERETAK
Paya Jaras, 9 Mei 2026 (Sabtu) - Program "Selamat Pagi Malaysia @ Kongsi Kasih" dan Nasional FM telah bersiaran langsung dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, menampilkan perkhidmatan gunting rambut oleh pelajar Jurusan Perekaan Gaya Rambut, Jabatan Teknologi Kosmetologi, IKBN Peretak.
Dalam inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR), pelajar menjalankan perkhidmatan gunting rambut kepada 102 anak-anak Rumah Kasih Harmoni. Mereka bersemangat dan komited dalam memberikan perkhidmatan gunting rambut yang terbaik, menggunakan teknik terkini sambil memastikan keceriaan kepada semua kanak-kanak yang terlibat.
Perkhidmatan ini bertujuan memberi pengalaman praktikal kepada pelajar dalam industri Perekaan Gaya Rambut, sekaligus mengembangkan kemahiran dan empati mereka terhadap masyarakat. Program ini telah disambut baik dan menjadi kenangan indah bagi semua yang terlibat.
