- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 17
PROGRAM SIHAT TANPA AIDS UNTUK REMAJA (PROSTAR): USAHA TINGKAT KESEDARAN REMAJA DI HULU SELANGOR
10 Mei 2026, Kuala Kubu Bharu – Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Program PROSTAR dan Penyakit HIV serta isu-isu berkaitan Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Daerah Hulu Selangor yang telah berlangsung pada 8 hingga 10 Mei 2026 bertempat di IKBN Peretak Kuala Kubu Bharu.
Program ini telah disertai seramai 21 orang pelajar IKBN Peretak dan 7 orang pelajar Kolej Komunti. Sepanjang tiga hari program berlangsung, pelbagai pengisian dan aktiviti interaktif latihan dalam kumpulan telah dijalankan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dr. Safwan bin Mohd Noor, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan disertai dengan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta. Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam mendidik golongan remaja ke arah kehidupan yang sihat, bebas HIV, dan berakhlak mulia.
