- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 14
SEMINAR KERJAYA SESI 1/2026 : MENCORAK MASA DEPAN, MENCAPAI PELUANG ANJURAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING, IKBN PERETAK
IKBN Peretak, 17hb. April 2026 (Jumaat) - Unit Kerjaya Dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Program Seminar Kerjaya untuk 80 orang pelajar semester akhir yang terdiri daripada Kursus Penyediaan Pastri, Kursus Jahitan Pakaian Lelaki, Kursus Jahitan Pakaian Wanita dan Kursus Terapi Kecantikan . Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar semester 4 di IKBN Peretak yang akan tamat pembelajaran pada penghujung April tahun 2025. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri pelajar-pelajar.
Program Seminar Kerjaya ini telah diadakan di Auditorium IKBN Peretak yang mana aktiviti ini merupakan program dwi tahunan di IKBN Peretak. Unit Kerjaya Dan Kaunseling telah menjemput Puan Asfaradeba binti Ahamd untuk menyampaikan Ceramah Motivasi Kerjaya kepada semua pelajar yang terlibat. Penceramah juga merupakan Alumni IKBN Peretak dalam bidang jahitan pakaian, Beliau juga terlibat secara langsung dalam bidang konsultasi untuk syarikat-syarikat yang terpilih dan diharapkan kerjasama yang berterusan ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.
Seterusnya, seminar ini juga menjemput Perkeso Cawangan Rawang untuk perkongsian berkaitan program ‘My Future Job’ dan Faedah Keselamatan Perkeso. Taklimat telah diberikan oleh Encik Muhamad Azizul Hakim bin Badrul Ezan dan Encik Muhammad Hazim Haziq bin Nasaruddin. Semoga dengan pelaksanaan seminar yang berbentuk motivasi ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dalam mengatur masa depan dan menjadikan para pelajar lebih berkeyakinan dan berketrampilan dalam pembinaan karier masa hadapan.
