- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 12
PELAJAR JURUSAN PEREKAAN GAYA RAMBUT, IKBN PERETAK BUKTI KECEMERLANGAN DI PERTANDINGAN MYSKILLS COMPETITION 2026
Subang Jaya, 18 April 2026 – Jabatan Teknologi Kosmetologi, Perekaan Gaya Rambut IKBN Peretak telah menyertai pertandingan MySkills Competition yang berlangsung di Concourse Area, The Summit Mall USJ, Subang Jaya. Program ini dianjurkan bersama Pertubuhan Pembangunan Kemahiran Pendandan Rambut (HSDO).
Seramai 18 orang pelajar terdiri Semester 1 dan Semester 3 telah mengambil bahagian dalam empat (4) kategori pertandingan iaitu Men Creative Cut & Style, Men Taper Cut & Style (Under 21 & Open), Ladies Long Hair Up dan Ladies Long Hair Down. Setiap peserta diberikan tempoh 45 minit untuk menyiapkan tugasan mengikut kriteria yang ditetapkan.
Pencapaian membanggakan telah diraih apabila Mohammad Nurfithzri Hasani, dinobatkan sebagai juara bagi kategori Men Taper Cut (Bawah 21 Tahun) dengan jumlah penglibatan peserta seramai 21 orang. Selain itu, Mohammad Zafri Haziq turut meraih Naib Juara bagi kategori Ladies Long Hair Down dengan penglibatan peserta seramai 14 orang. Pemenang bagi dua (2) kategori ini membawa pulang sijil,medal, peralatan dan produk salon tajaan TUFT.
Penyertaan dalam pertandingan seperti ini mampu meningkatkan keyakinan diri serta memperkukuh kemahiran pelajar, di samping memberi pengalaman berharga dalam suasana pertandingan sebenar.
