- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 72
SESI PERKONGSIAN ILMU (IN HOUSE TRAINING) JABATAN TEKNOLOGI KOSMETOLOGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN PERETAK TAHUN 2025: HAIR STYLING : HAIR STRAIGHTHENING IRONING
Kuala Kubu Bharu, 16 Disember 2025 - Jurusan Perekaan Gaya Rambut, Jabatan Teknologi Kosmetologi telah mengadakan satu Kursus In House Hair Straighthening kepada kakitangan IKBN PERETAK. Seramai 10 orang pegawai telah turut menyertai Kursus In House Training ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn Janefer Farida Binti Baharuddin.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk mengetahui teknik melurus rambut sementara yang betul. Semua peserta kursus telah disediakan bahan dan alatan yang mana digunakan sepanjang kursus ini. Semasa sesi perkongsian ini, peserta diberi pendedahan secara teori dan amali serta perlu membuat latihan amali kepada model sebenar.
Diharap semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi dari kursus ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.
