- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 83
LAWATAN PENANDAARASAN DAN PERBINCANGAN PROGRAM KAUNSELING DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
UPSI, 16 Disember 2025 – Seramai lima (5) orang pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan Lawatan Penandaarasan dan Perbincangan Program Kaunseling ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Delegasi lawatan tersebut diketuai oleh Encik Shahdan bin Zainal, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau serta memperoleh gambaran yang lebih jelas berkaitan pengurusan, fasiliti dan pengoperasian Pusat Kaunseling UPSI. Di samping itu, perbincangan dua hala telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program kaunseling yang berpotensi untuk dilaksanakan di IKBN Peretak.
Diharapkan lawatan ini dapat meningkatkan keupayaan Unit Kaunseling IKBN Peretak melalui perkongsian kepakaran, amalan terbaik serta modul intervensi kaunseling yang berkesan, selaras dengan usaha memperkukuh perkhidmatan sokongan kepada pelajar.
