TAKLIMAT & LATIHAN HIRARC: MEMPERKASA KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

    TAKLIMAT & LATIHAN HIRARC: MEMPERKASA KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

     
    IKBN Peretak, 14 Ogos 2026 - IKBN Peretak telah menganjurkan Taklimat & Latihan HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran warga kerja dalam mengenal pasti bahaya serta mengurus risiko di tempat kerja.

    Taklimat dan latihan yang disampaikan oleh En. Badrulhisyam bin Ismail selaku Pegawai Keselamatan Institut dan OHS-Coordinator IKBN Peretak, yang merangkumi asas HIRARC, aktiviti mengenal pasti bahaya, penilaian risiko serta pembentangan hasil kumpulan.

    Program ini turut memberi penekanan terhadap kepentingan melaksanakan kawalan risiko yang bersesuaian serta membudayakan amalan kerja selamat dalam kalangan warga IKBN Peretak.

    Semoga pelaksanaan program ini dapat memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan kondusif.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.