KAFETEEN@ILKBS DI IKBN PERETAK TAHUN 2026: MEMPERKASA PENGETAHUAN DAN KESEDARAN REMAJA

    KAFETEEN@ILKBS DI IKBN PERETAK TAHUN 2026: MEMPERKASA PENGETAHUAN DAN KESEDARAN REMAJA

     
    14 Ogos 2026 | IKBN Peretak - IKBN Peretak telah menganjurkan Program KAFETEEN@ILKBS di IKBN Peretak Tahun 2026 pada 14 Ogos 2026 bertempat di Perpustakaan IKBN Peretak. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Peretak dengan kerjasama LPPKN Negeri Selangor dan melibatkan seramai 119 orang pelajar, terdiri daripada 80 pelajar wanita dan 39 pelajar lelaki.

    Pelaksanaan KAFETEEN@ILKBS merupakan satu inisiatif yang memberi ruang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan perkembangan diri, hubungan sosial, pengurusan emosi, kesihatan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan golongan remaja.

    Program ini turut menggunakan pendekatan interaktif dan santai bagi menggalakkan penglibatan aktif para pelajar sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Ceramah Interaktif Kesihatan dan Emosi, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta Ceramah Bahaya HIV dan AIDS.
    Melalui program ini, para pelajar berpeluang meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan emosi, membina kemahiran mengurus diri serta memahami kepentingan membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan seharian.

    Diharapkan pelaksanaan KAFETEEN@KBS ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar IKBN Peretak dalam membentuk generasi muda yang lebih berpengetahuan, matang, bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek kesihatan dan kesejahteraan diri.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.