TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PERKEMAS PERSIAPAN PELAJAR KE INDUSTRI

    TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PERKEMAS PERSIAPAN PELAJAR KE INDUSTRI

     
    13 Oktober 2025, IKBN Peretak – Cawangan Hubungan Industri telah menganjurkan satu sesi taklimat Latihan Industri khas untuk pelajar semester akhir Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen dan Pakaian (Jahitan Pakaian Lelaki) berdasarkan Kod Amalan Akreditasi Program TVET (COPTPA) di Mini Auditorium, IKBN Peretak.

    Seramai 6 orang pelajar telah menghadiri sesi taklimat ini yang dikendalikan oleh Encik Badrulhisyam bin Ismail, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dari Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti. Antara isi penting taklimat termasuklah garis panduan pelaksanaan latihan industri, jadual penting, serta pemahaman terhadap etika dan tanggungjawab semasa menjalani latihan di industri sebenar.

    Pelajar turut diberikan peluang bertanya soalan secara langsung, membolehkan mereka memperoleh kefahaman yang jelas tentang persediaan dan prosedur yang perlu diikuti menjelang latihan industri. Taklimat ini dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam menyediakan pelajar menghadapi realiti dunia pekerjaan dan diharap dapat meningkatkan keyakinan serta kesiapsiagaan mereka sebelum menjejakkan kaki ke alam industri.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.