ANATOMI SERANGAN SIBER: REALITI ANCAMAN DIGITAL MASA KINI

    ANATOMI SERANGAN SIBER: REALITI ANCAMAN DIGITAL MASA KINI

    SERI ISKANDAR, 13 OGOS 2026 – Dalam era digital yang semakin mencabar, kesedaran terhadap ancaman siber menjadi keperluan utama. Sehubungan itu, IKBN Seri Iskandar dengan kerjasama Akademi KTM (Malaysian Railway Academy) telahmenganjurkan Kursus Perkongsian Kepakaran Industri bertajuk “Anatomi Serangan Siber & Langkah Pengukuhan Perimeter Organisasi”.

    Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan taktik yang digunakan oleh penjenayah siber serta langkah-langkah proaktif yang boleh diambil bagi memperkukuhkan keselamatan sistem dan rangkaian organisasi.Melalui perkongsian kepakaran industri ini, peserta berpeluang memahami trend ancaman siber terkini, meningkatkan kesedaran keselamatan digital serta mengukuhkan kemahiran dalam melindungi aset dan maklumat organisasi daripada risiko serangan siber.

    Kolaborasi strategik antara IKBN Seri Iskandar dan Akademi KTM ini membuktikan komitmen kedua-dua institusi dalam memperkasa kompetensi tenaga kerja TVET agar sentiasa relevan dengan keperluan industri dan cabaran teknologi masa kini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #PerkongsianKepakaranIndustri
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.