LAWATAN AUDIT VERIFIKASI PEMERIKSAAN PENTAULIAHAN KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK TIGA FASA (PW4) DI IKBN SERI ISKANDAR

    LAWATAN AUDIT VERIFIKASI PEMERIKSAAN PENTAULIAHAN KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK TIGA FASA (PW4) DI IKBN SERI ISKANDAR

    SERI ISKANDAR, 19 OGOS 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan panel audit bagi Verifikasi Pemeriksaan Pentauliahan Kursus PW4 pada 19 Ogos 2026.Mesyuarat pembukaan audit telah dipengerusikan oleh Ts. Raja Muadzam Syah bin Raja Mohd Noor, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Seri Iskandar bersama barisan pengurusaninstitut, pegawai teknikal serta tenaga pengajar yang terlibat dalam pelaksanaan kursus berkenaan.

    Pegawai verifikasi daripada Suruhanjaya Tenaga di ketuai oleh Ir. Mohamad Qhairil bin Safie dan dibantu oleh Pn. Wan Ruhaini binti Wan Md. Din.Verifikasi ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan institut terhadap keperluan dan standard pentauliahan yang ditetapkan, di samping memastikan kemudahan latihan, tenaga pengajar, kurikulum serta pelaksanaan latihan memenuhi keperluan industri dan badan kawal selia.

    Sepanjang sesi verifikasi, panel audit telah meneliti dokumentasi berkaitan, meninjau fasiliti latihan serta mengadakan sesi semakan dan perbincangan bersama pegawai yang terlibat.Secara keseluruhannya, lawatan verifikasi ini memberikan maklum balas yang konstruktif ke arah penambahbaikan berterusan serta mengukuhkan komitmen IKBN Seri Iskandar dalam menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti, berstandard tinggi dan relevan dengan keperluan industri semasa.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #KursusPendawaianElektrik
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.