- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 33
ROBOT SOCCER IKBN SERI ISKANDAR TARIK PERHATIAN PELAJAR DI MINGGU STEM & TVET 2026
SIMPANG PULAI, 12 OGOS 2026 – Demonstrasi Robot Soccer oleh pelajar IKBN Seri Iskandar berjaya mencuri perhatian para pelajar dan guru-guru sempena program Open Interactive Booth dalam Minggu STEM & TVET 2026 yang berlangsung di SMK Simpang Pulai, Perak.
IKBN Seri Iskandar menampilkan teknologi Robot Soccer yang membolehkan pengunjung mengawal sendiri robot dan merasai pengalaman pembelajaran berasaskan teknologi secara interaktif. Aktiviti tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta menjadi antara tarikan utama sepanjang program berlangsung.
Penyertaan ini bukan sahaja memperkenalkan teknologi dan inovasi kepada pelajar sekolah, malah memberi pendedahan awal mengenai peluang pendidikan serta kerjaya dalam bidang TVET yang semakin mendapat perhatian generasi muda.Turut menyertai pameran tersebut ialah pelbagai institusi dan agensi pendidikan seperti UniKL, Kolej Komuniti Gopeng, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, GIATMARA serta beberapa institusi TVET lain.
Sebagai penghargaan, Pengetua SMK Simpang Pulai, Encik Wan Shaiful Akmar bin Mohamad Idris, telah menyampaikan sijil
penghargaan kepada semua pempamer yang terlibat. Program seumpama ini diharapkan dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap bidang STEM dan TVET serta membuka minda mereka terhadap pelbagai peluang kerjaya berteknologi tinggi pada masa hadapan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#StemDanTVET
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#TeamILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
