- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 91
CAREER LAUNCHPAD SIRI JELAJAH MYFUTUREJOBS @ IKBN SERI ISKANDAR
Seri Iskandar, 30 Oktober 2025 – Career Launchpad anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan, pembangunan kerjaya serta peranan PERKESO dalam membantu graduan melangkah ke alam pekerjaan. Program ini merangkumi sesi pengenalan kepada PERKESO, pengenalan portalpasaran buruh, ujian psikometrik, pengenalan dan pendaftaran portal pekerjaan MYFutureJobs, penulisan resume, persediaan ke temu duga alam pekerjaan dan mock interview.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Pn. Nurul Sufia binti Mohd Zaki dan En. Muhammad Zaki bin Mohd Nordin, kedua-duanya merupakan Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.Melalui penganjuran Program Career Launchpad PERKESO ini, diharapkan semua pelajar semester akhir IKBN Seri Iskandar yang menghadiri program ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang peluang pekerjaan yang ditawarkan di pasaran semasa, membina keyakinan diri ketika melangkah ke alam pekerjaan sebenar, memahami peranan dan bantuan PERKESO dalam pembangunan kerjaya, serta memperkukuh kemahiran kebolehpasaran agar lebih bersedia menghadapi cabaran dunia kerja.
Secara keseluruhannya, program ini menjadi platform penting bagi membantu pelajar mempersiapkan diri sebagai tenaga kerja TVET yang kompeten, proaktif dan berdaya saing.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #CareerLaunchpad #PERKESO
