PROGRAM "YOUTH SMART MONEY FEST 2025" DIDIK BELIA RANCANG KEWANGAN

    SERI ISKANDAR, 31 Oktober 2025 - Seramai 11 orang pelajar dan 2 orang pegawai dari IKBN Seri Iskandar telah hadir ke program "Youth Smart Money Fest 2025" yang diadakan bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, UiTM Kampus Seri Iskandar.Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia dan mahasiswa mengenai pengurusan kewangan berhemah, pelaburan, pencegahan jenayah siber serta kepentingan merancang kewangan dalam kehidupan seharian.

    Pelbagai topik telah dibawa oleh pihak penganjur seperti, pengurusan kewangan dalam Islam yang disampaikan oleh Pejabat Agama Daerah, topik berkaitan scammer yang disampaikan oleh PDRM, peluang yang ada untuk belia menjelang Perak Sejahtera 2030 yang disampaikan oleh Stratcomm Perak dan lain-lain lagi.Hadir merasmikan majlis penutup adalah YB En. Khairudin bin Hj. Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #YouthSmartMoneyFest

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.