MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA IKBN SERI ISKANDAR BERSAMA DENGAN PIHAK INDUSTRI

    Seri Iskandar, 28 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar bersama wakil-wakil industri mencatatkan pencapaian pentingdengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) bertempat di Dewan Dato' Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan dua (2) buah syarikat iaitu Syarikat Aurora Maju Sdn. Bhd. dan Syarikat Selection Technologies and Engineering. 

    Turut hadir menyempurnakan majlis ini ialah Encik Farizul Arizal bin Abd Rahman, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Encik Mohd Halifi bin Ab Hamid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar diiriingi Puan Nordalilah binti Yusoff, Ketua Cawangan Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik serta kakitangan dan para pelajar.

    Kerjasama ini dapat memberi manfaat besar kepada para pelajar TVET di IKBN Seri Iskandar yang mengikuti pelbagai program teknikal dalam bidang elektrik dan elektronik khasnya. Mereka bakal menerima peluang berharga seperti penempatan latihan industri kepada para pelajar dan peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS. Selain itu, skop kolaborasi juga merangkumi bantuan khidmat nasihat, menjayakan program ‘Career-Fest’ ILKBS, Latihan Sangkutan Industri (LSI) kepada tenaga pengajar, sumbangan peralatan latihan, penyelenggaraan dan tenaga pakar.

    Sesungguhnya, kejayaan jalinan kerjasama ini bukan sahaja simbolik kepada semangat kolaborasi, tetapi juga tanda komitmen IKBN Seri Iskandar untuk terus memperkukuh hubungan dengan pihak industri dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, beretika, dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.


    #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #mpbnperak  #MoU

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.