IKBN SERI ISKANDAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SYARIKAT J.K. WIRE HARNESS SDN. BHD. BINCANG KERJASAMA STRATEGIK

    IKBN SERI ISKANDAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SYARIKAT J.K. WIRE HARNESS SDN. BHD. BINCANG KERJASAMA STRATEGIK

    Seri Iskandar, 22 April 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak hari ini menerima kunjungan hormat daripada Syarikat J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Puan Noratishah binti Mohamed Pengurus Kanan, Sumber Manusia dan Pentadbiran, bagi menjalin hubungan kerjasama serta membincangkan potensi kolaborasi antara kedua-dua pihak.Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Seri Iskandar itu telah disambut oleh Tuan Farizul Arizal Bin Abd Rahman, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama barisan pengurusan institut.

    Dalam pertemuan hampir dua jam itu, kedua-dua pihak telah membincangkan peluang untuk bekerjasama dalam pembangunan pelajar. Selain itu juga, turut dibincangkan berkenaan peluang penempatan latihan industri (internship) serta menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar yang berkelayakan selepas tamat pengajian. 

    Lawatan ini menjadi platform perbincangan potensi kerjasama strategik serta peluang memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak, sejajar usaha mempertingkatkan pendidikan dan latihan kemahiran negara serta peluang kerjaya.IKBN Seri Iskandar amat mengalu-alukan lawatan ini dan berharap kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh pada masa hadapan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #KunjungHormat
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.