- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 17
IKBN SERI ISKANDAR PERKUKUH KERJASAMA PROMOSI PROGRAM TVET DI PERAK TENGAH.
BOTA, 5 OGOS 2026 – IKBN Seri Iskandar terus komited memperkasakan agenda TVET apabila dua orang wakil institut telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penyediaan Video TVET Daerah Perak Tengah bagi merealisasikan Agenda Perak Sejahtera2030 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Penghulu Mukim Bota.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam menyelaras penghasilan video promosi program TVET yang lebih berimpak, sekaligus memperkukuh usaha mempromosikan pendidikan dan latihan kemahiran kepada masyarakat serta menyokong aspirasi menjadikan Seri Iskandar sebagai hab pendidikan dan pusat pertumbuhan bakat di bawah inisiatif Koridor TVET Malaysia di bawah agenda Perak Sejahtera 2030. Penyertaan IKBN Seri Iskandar mencerminkan komitmen berterusan institut dalam menjalin kerjasama strategik bersama-sama agensi dan institusi TVET yang berada di Daerah Perak Tengah bagi memperluas kesedaran serta meningkatkan imej TVET sebagai pilihan utama membina masa depan yang cemerlang.
#KarnivalPendidikanMadani
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#TeamILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
