- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 3
IKBN SERI ISKANDAR PERKUKUH PERSEDIAAN PENTAULIHAN COPTPA MELALUI LAWATAN STRATEGIK KE IKBN PERETAK
KUALA KUBU BHARU, SELANGOR 31 MAC 2026 – Seramai 10 orang pegawai Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) yang diketuai oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) telah mengadakan lawatan kerja serta Bengkel Pelaksanaan Pentaulihan COPTPA di IKBN Peretak.
Objektif Utama:
• Mendalami struktur pelaksanaan Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA).
• Meninjau amalan terbaik (best practices) tadbir urus dan kualiti latihan di IKBN Peretak.
• Mengumpul maklumat kritikal serta dokumen sokongan bagi memastikan kelancaran proses pentaulihan di bawah Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK).
Sesi ini diisi dengan taklimat teknikal, perbincangan antara unit, dan lawatan fasiliti bagi memahami mekanisme persediaan awal dengan lebih jelas. Pihak pengurusan IKBNSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IKBN Peretak atas perkongsian kepakaran dan layanan hospitaliti yang cemerlang. Semoga kerjasama strategik ini terus memperkasakan kecemerlangan TVET di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#coptpa
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
