- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 5
PELAJAR-PELAJAR IKBN SERI ISKANDAR HADIR KE PROGRAM “PAKEJ PAHALA RAMADAN” DI AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
BATU GAJAH, 17 Mac 2026 – APBM Batu Gajah telah menganjurkan Program Pakej Pahala Ramadan bertempat di Surau A-Taqwa, APBM Batu Gajah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran En. Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah serta wakil-wakil agensi yang dijemput
dari sekitar daerah Perak Tengah.
Melalui program ini, pelajar-pelajar disajikan dengan pengisian rohani iaitu slot ceramah dengan tajuk “Pakej Pahala Ramadan”. Seterusnya pelajar-pelajar dijemput untuk berbuka puasa beramai-ramai, menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah dan solat tarawih berjemaah.
Seramai 40 orang pelajar IKBN Seri Iskandar telah terlibat dalam program ilmu ini. Turut hadir adalah Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Farizul Arizal bin Abd Rahman. Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput IKBN Seri Iskandar untuk turut serta di dalam program ini. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional TerunggulT
#ProgramPakejRamadanAPBMBG
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
