- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 2
IKBNSI PROMOSI DUA PROGRAM TVET SEMPENA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025
CHANGKAT JERING, 31 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah menyertai program promosi pengambilan pelajar sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berlangsung di Maahad Al- Tarbiah Al- Islamiah (SABK) Changkat Jering, Perak dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program tersebut telah menghimpunkan pelbagai agensi pendidikan awam dan swasta yang dijemput bagi memberi pendedahan serta maklumat kepada para lepasan SPM mengenai peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya selepas tamat persekolahan. Dalam penyertaan tersebut, pihak IKBNSI telah mempromosikan dua program utama iaitu Program SLW 01: Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2) dan Program SKR 03: Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer).
Promosi ini memberi fokus kepada pendedahan awal berkaitan bidang kemahiran berasaskan TVET yang mempunyai permintaan tinggi dalam industri semasa.Inisiatif ini diharap dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih tepat dalam memilih laluan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.Penglibatan IKBNSI dalam program seumpama ini juga selaras dengan usaha memperkukuh agenda TVET negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#LepasanSPM
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
