IKBN SERI ISKANDAR SERTAI PERTANDINGAN KIK KBS 2025

    IKBN SERI ISKANDAR SERTAI PERTANDINGAN KIK KBS 2025

    IKBN SERI ISKANDAR, 17 DISEMBER 2025 - Pasukan IKBN Seri Iskandar telah menyertai Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KBS 2025, yang berlangsung secara virtual dari 26 Julai – 26 September 2025.Pasukan inovasi terdiri daripada 10 ahli dari Jabatan Pengajian Umum (JPU)dan Unit Pentadbiran, diketuai Dr Hjh Noraazian bt Osman. Ahli pasukan dari JPU ialah Pn. Norzalina bt Hashim, Cik Tan Pei Mei, En Norrizan bin Wahit, manakala ahli dari Unit Pentadbiran ialah Pn. Mashasyima bt Mahmud, Pn. Anis Salmi bt Abidin, Pn. Nur Annissa Tingkulom Abdullah, En. Mohd Zul bin Badru, Pn. Azura bt Sejali dan En. Mawi bin Ismail.

    Inovasi yang dipertandingkan bertajuk SCANOTE, dan pasukan berjaya memperoleh sijil penyertaan. Pencapaian ini terus mengukuhkan komitmen IKBN Seri Iskandar dalam budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga kerja.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #PertandinganKIKKBS2025#TeamILKBS#TeamKBS#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja#RancakkanMADANI #ikbnseriiskandar

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.