MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

    IKBN Seri Iskandar, 17 Disember 2025 (Rabu) – Telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar bagi bulan Disember 2025 anjuran Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) bertempat di Dewan Dato’ Maharaja Lela IKBN Seri Iskandar. Majlis ini dihadiri oleh Tuan Pengarah, semua pegawai dan kakitangan serta para pelajar IKBN Seri Iskandar, Perak. Majlis dimulakan dengan sambutan ketibaan Tuan Pengarah dan terus dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan bacaan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh saudara Haziq Aqashah bin Jalailuddin, wakil pelajar MPP IKBN Seri Iskandar. 

    Seterusnya, Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Ahmad Naqib bin Kamarjan, wakil pelajar semester 1 IKBN Seri Iskandar.Antara pengisian di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan tersebut iaitu tayangan video montaj sorotan aktiviti/ program-program sepanjang bulan November hingga Disember 2025, ucapan aluan oleh Tuan Pengarah, Tn. Farizul Arizal bin Abd Rahman dan penyampaian sijil/ hadiah/ cenderahati. Beberapa anugerah dan penyampaian sijil terdiri daripada:

    * National Creativity, Learning, Gamification & Digital Innovation (iCLGDi).
    * Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK).
    * Kelab Petani Muda; Projek Botani Agro Garden @ IKBNSIP.
    * Kelab Juta-Jutawan; Program Inkubator Tvetpreneur @ IKBNSIP.
    * Pertandingan Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau (AL LBH) Peringkat Negeri Perak Darul   Ridzuan Tahun 2025.
    * Pertandingan Rekabentuk Poster Kreatif.
    * Rakan Belia YADIM IKBN Seri Iskandar Sesi 2025/2026.
    * Kem MyINSANIAH (Modul Jati Diri) Tahun 2025.
    * Bengkel Komuniti Filem Dan Belia Kreatif.
    * Pertandingan Poster AI Merdeka Sempena Program Perputakaan: Program Semarak Kemrdekaan & Hari Malaysia 2025.
    * Pertandingan Cipta Nama, Cipta Legasi, Cipta Identiti Sempena Program Jom Baca 2025.
    * Anugerah Kelas Dedikasi Perpustakaan Tahun 2025.
    * Anugerah Kelab Aktif Perpustakaan Tahun 2025.
    * Anugerah Kakitangan Paling Aktif ke Perpustakaan Tahun 2025.
    * Anugerah Peminjam Buku Paling Aktif Tahun 2025.
    * Anugerah Pengguna Perpustakaan Paling Aktif Tahun 2025 bagi Perpustakaan IKBNSIP.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar kepada kakitangan yang menyambut hari lahir pada bulan November hingga Disember 2025.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    TeamILKBS#TeamKBS#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja#RancakkanMADANI #ikbnseriiskandar#bhepikbnsip

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.