IKBNSI TONJOLKAN PROGRAM TVET KEPADA LEPASAN SPM DI SMK SIMPANG PULAI, PERAK

    IKBNSI TONJOLKAN PROGRAM TVET KEPADA LEPASAN SPM DI SMK SIMPANG PULAI, PERAK

    KAMPUNG KEPAYANG, 31 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah dijemput untuk menyertai program promosi pengambilan pelajar sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berlangsung di SMK Simpang Pulai, Taman Pulai Jaya,Perak dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

    Program tersebut menghimpunkan pelbagai agensi pendidikan awam dan swasta yang turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pelajaran serta pilihan kerjaya selepas SPM.Dalam penyertaan itu, IKBNSI telah memfokuskan promosi kepada dua program utama iaitu Program SLW 01: Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2) dan Program SKR 03: Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer).

    Kedua-dua program berkenaan ditawarkan bagi memenuhi keperluan industri semasa yang memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal dan teknologi maklumat.Penyertaan IKBNSI ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat secara terus berkaitan laluan TVET yang ditawarkan, seterusnya membantu mereka membuat pilihan pendidikan yang lebih tepat.Usaha ini selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara melalui pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #LepasanSPM
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.